WELCOME TO BLOG PRINCESS SARAFINA! TEPUNG KEK SARA | JUAL, PASANG & SERVIS AIRCOND

Sunday, 15 August 2021

Kehilangan Ibu


Typo Tahun 2021

21 Julai 2021 bersamaan 11 Zulhijjah 1442 (Raya Haji Kedua), Mak saya, Bahariah Binti Bontak telah kembali ke Rahmatullah pada jam 8.38 malam di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. 22 Julai 2021, mak dikebumikan di Tanah Perkuburan Rantau Panjang, Klang. Hari ni hari ke 26 tanpa mak. Rasa kehilangan sangat walaupun orang tanya "okay ke?" aku hanya mampu cakap okay. Walaupun kenyataannya aku tak berapa okay. Aku kena kuat demi ayah. Walaupun aku tahu ayah tak kuat sangat. Setiap kali solat, ayah akan nangis. Mungkin teringat masa mak ada, mak makmumnya.

Mak aku, mungkin aku boleh ringkaskan. Mak aku mangsa vaksin covid. Mak saya mempunyai sakit kanser limfoma stage 4 (Diagnose on November 2020). Sudah kimo masa ramadhan 2021. Keadaan mak masih lemah sebab kimo. Rambut pun masih belum tumbuh sepenuhnya. Doktor decide mak kena vaksin dahulu sebelum dapatkan rawatan selanjutnya. 


Ini keadaan mak masa vaksin dose pertama. Selepas beberapa hari, mak cakap kakinya lemah. tak mampu nak berdiri dan jalan sendiri. Takut jatuh katanya. Jadi ayah minta aku beli tongkat dan kerusi roda di Shopee. Kemudian, kaki mak mulai kejang, macam menarik dari dada. Pernah pergi ke Hospital Klang. Doktor cuma cakap sebab mak tak makan sebab tu lemah. Mak hanya dimasukkan air dan boleh balik lepas tu. Soal kejang, doktor hanya buat buat tak dengar. Mengikut yang ayah cerita. 


Ni bukti mak saya pakai kerusi roda ya. Ambil dose kedua di Institut Kanser Negara. Masa ni kakak cakap mak membebel dalam lif dengan ada beberapa orang asing di dalamnya. Mak "Aku ni, masa kimo dulu pun tak pernah pakai kerusi roda tau. Dah vaksin pulak pakai kerusi roda." Lebih kurang gitu ayat mak. Tak dinafikan, mak sangat kuat orangnya. Kalau setengah orang lepas kimo pakai kerusi roda. Tapi mak saya tak pernah pakai. Mak selalu cakap dia ni bahan uji kaji Hospital. hmm saya pun tak tahu laa nak cakap apa. Mungkin juga betul. Selepas beberapa kematian kanser sebab vaksin baru laa syarat untuk orang sakit kanser tak perlu di vaksinkan dahulu. Pahit sebenarnya kenyataan ni. Tapi kami kena redha dan in shaa Allah kita akan jumpa di sana ya mak. Tunggu kami.


Soal pampasan, ada terfikir nak buat. Tapi dari surat kematian, pihak Hospital menyatakan sebab kematian kanser yang merebak di otak dan paru-paru sahaja. Tiada tulis tentang kesan vaksin. Dari situ je, dah tak lepas syarat. Dan syarat lain, arwah perlu dibedah siasat. Arwah tak melalui sebarang pembedahan sebelum jenazahnya pulang ke rumah. Jadi memang tak lepas. Ni GARIS PANDUAN PERMOHONAN BANTUAN KHAS KEWANGAN KESAN MUDARAT VAKSIN COVID-19 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA. Kalau betul kematian asbab vaksin, buat bedah siasat ya. Tu antara syarat nak mohon.

Terima kasih yang sudi baca sampai habis.

Wednesday, 11 August 2021

Ayah dan Masak Lemak


Petang tadi sara tanya ayah.

Sara: Hari ni ayah beli ke masak?
Ayah: Hari ni ayah masak. Masak lemak ikan. Tapi macam tak berapa jadi.

Tadi makan ambil hati ayah.

Sara: Sedap laa ayah.
Ayah: Tapi rasa kunyit lebih. 
Sara: Takpe laa. Lepas ni kurangkan kunyit sikit je.

Ayah tgk resepi kat youtube. Ayah dan youtube berpisah tiada 🤣

Kehilangan Ibu