WELCOME TO BLOG PRINCESS SARAFINA! TEPUNG KEK SARA | JUAL, PASANG & SERVIS AIRCOND

Friday, 8 February 2019

MOTIVASI DIRI

Image result for solat

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah.
 
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu
kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”
 
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum
tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
 
3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
 
4. Membaca Al-Quran
– Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah
“Qulhu-allah” sebanyak 3X.
 
5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
 
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali
mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah
“Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)
 
7. Program minda/cuci minda
– Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati

“Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”.

Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!).
 
8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan
perkara-perkara kejahatan.
 
9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).
 
10. Kekalkan wuduk.
 
11. Bersedekah.
 
12. Belanja orang makan.
 
13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat.
 
14. Berkawan dengan ulama.
 
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
 
16. Pesan pada orang, jadi baik.


17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dsb), jangan dengar
orang mengumpat.:dizzy

TIPS DAN PETUA MENGATASI MASALAH MULUT BERBAU

Image result for bau mulut
Ini ada sedikit tip untuk kita kongsikan bersama hari ini. Ianya berkenaan mengatasi masalah bau mulut. Bau mulut yang kurang enak mengundang masalah untuk kita bercakap ataupun beramah mesra. Apatah lagi jika kerja kita memerlukan berinteraksi dekat dengan seseorang.

Bagi mereka yang sudah berkahwin juga selalu mengalami masalah mulut berbau namun tidak tahu bagaimana cara untuk menghilangkan masalah tersebut. Antara punca yang menyebabkan mulut berbau adalah faktor merokok, ataupun kita sendiri tidak sedar ada gigi rosak ataupun berlubang yang membawa kepada pembiakan bakteria seterusnya menyebabkan mulut berbau.

Ikuti tip-tip dibawah untuk menyah bau mulut:

1. Mengunyah setangkai bunga cengkih setiap hari

Mungkin cara ini tidak ramai yang berani cuba, tapi jika sudah tidak tahan dengan bau mulut sendiri apa kata anda cuba untuk kesenangan orang sekeliling juga.

2. Kumuh dengan air garam

Sedia maklum di dalam mulut terdapat banyak kuman yang membiak, dengan menggosok gigi setiap hari masih tidak mampu menyah bakteria secara total yang ada di dalam mulut. Oleh itu apa kata anda cuba tip ini, selepas makan kumuh dengan air yang dicampur sedikit garam. Ulang proses yang sama sebanyak tiga kali. Buat proses ini seminggu dalam tiga kali.

3. Kunyah sedikit beras yang telah dibersihkan

Ini adalah petua yang diturunkan dari nenek moyang kita. Ambil beberapa butir beras yang telah dibasuh dan kunyah hingga lumut di dalam mulut. Proses ini adalah paling ringkas dan mudah.
Selamat mencuba!

Kehilangan Ibu