WELCOME TO BLOG PRINCESS SARAFINA! TEPUNG KEK SARA | JUAL, PASANG & SERVIS AIRCOND

Thursday, 31 January 2019

Buah Mahkota Dewa

Related image
Buah Mahkota Dewa



Buah mahkota dewa mempunyai banyak manfaat.


Di sini saya ajarkan cara menjadikan herba daripada buah mahkota dewa.



1. Petik buah yang berwarna unggu kemerahan. Ketika inilah kandungan antioksidan di dalam buah mahkota dewa tinggi. Warna buah mahkota dewa yang sesuai untuk petik buah dibuat herba.

2. Belah dua buah mahkota dewa.

3. Buang biji yang ada di dalam buah ini. Biji buah mahkota dewa adalah beracun.

4. Hiris nipis isi buah mahkota dewa.

5. Selerakkan di atas pinggan atau dulang. Jemur hingga kering. Pastikan jemur di bawah tempat teduhan. Tak sesuai dijemur terus pada pancaran cahaya matahari. Sinar UV akan mengurangkan khasiat buah ini.

6. Setelah kering, hirisan boleh disimpan di dalam bekas.

Penggunaan:


1. Masukkan dua hingga tiga keping hirisan ke dalam air panas 300 mL.
2. Biarkan dalam 5 minit.
3. Minum

Amalkan minum tiga hari sekali jika anda tidak menghidap penyakit kronik. Jika anda ada penyakit kronik seperti darah tinggi, kanser, dan kencing manis, amalkan minum sekali sehari. Tingkatkan dos sehingga 10 keping hirisan setelah sebulan minum. Apabila penyakit semakin pulih, kurangkan dos. Dan minum seperti normal iaitu tiga hari sekali. Ini kerana jika terlebih dos boleh mendatangkan keburukan.

Wednesday, 30 January 2019

Timun

Image result for timun


TIMUN
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Timun atau Mentimun (Cucumis sativus) merupakan sejenis buah tumbuhan yang dimakan sebagai sayur-sayuran dan ditanam sebagai makanan sejak 3000 tahun dulu. Timun boleh dimakan secara mentah atau segar dan juga dalam masakan.


Timun yang juga dikenali sebagai mentimun atau nama saintifiknya Cucumis sativus, mengandungi 0.65% protein, 0.1% lemak dan karbohidrat sebanyak 2.2%. Selain itu timun juga mengandungi kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin A, vitamin B1, vitamin B2 dan vitamin C.


Biji timun mengandungi racun alkoloid jenis hipoxanti ,yang berkesan untuk merawat kanak-kanak yang kecacingan. Bagi mereka yang menhidapi sakit tekak apabila diserang batuk , penyakit ini dapat dirawat dengan biji timun dimana sedikit biji timun dicampurkan dengan sedikit garam dan dikumuh beberapa kali sehari. Pengamalan ini dapat mengembalikan suara yang hilang.


Selain itu, penyakit sampu pucat iaitu sejenis penyakit pening-pening yang berterusan sehingga dapat menurunkan berat badan dapat diatasi dengan pengamalan makan timun mentah atau yang telah dimasak. Timun juga dapat mengubati penyakit disesteri iaitu keluar darah semasa membuang air besar.


Timun banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Ia terletak dalam famili yang sama dengan tembikai dan labu.


Timun merupakan sejenis pokok memanjat dan sesuai untuk ditanam pada pagar. Ia boleh membiak daripada biji benih.

Kehilangan Ibu