WELCOME TO BLOG PRINCESS SARAFINA! TEPUNG KEK SARA | JUAL, PASANG & SERVIS AIRCOND

Wednesday, 2 October 2019

Love Letter


Assalamualaikum!

Mulakan hari ni dengan ucapan Alhamdulillah & Bismillah.

Buat yang terbaik setiap hari!

Everyday is my hero day!

Monday, 19 August 2019

MULAKAN HARI ANDA DENGAN BERHUTANG


Satu soalan yg sering diajukan, 'apakah teknik marketing terbaik untuk buatkan hati customer berpaut dgn kita?'

Jawapan : kita boleh gunakan ribuan teknik marketing, tetapi bagi saya ada satu ASAS yang jika dilakukan, semua teknik marketing selepas itu menjadi iaitu :

Sebelum ingin buatkan hati pelanggan 'cair, pastikan kita 'cairkan hati' PENCIPTA PELANGGAN (Allah s.w.t) dahulu. Kuasai teknik marketing untuk buatkan DIA 'jatuh hati' kepada kita.

Kemudian senanglah kerja anda.

Mengapa? Sebab Dialah yang menggerakkan hati pelanggan sukakan produk kita. Jika Dia tidak gerakkan, anda belanjakanlah ribuan ringgit, pelanggan tetap 'touch',
tapi tak beli then 'go'.

Saya yakin ini prosesnya dan ia tak boleh di'skip' atau di'reverse'.

Maaf teknik ini memang tidak ditemui dalam mazhab marketing barat kerana Tuhan tiada dalam kamus kapitalis mereka.

--> Bagaimana cara terbaik untuk 'tackle' hati Dia?

Boleh start dgn small effort but powerful impact. Ia digelar :
MULAKAN HARI ANDA DENGAN BERHUTANG.

Maksudnya, wajibkan diri dengan berzikir 'istighfar' at least 100x dan selawat 100x kerana kedua zikir ini amat besar fadhilatnya untuk menjemput rezeki.

Tetapi saya faham kita kadangkala agak culas.

Maka gunakan teknik ini :
Saya setkan minda setiap pagi dengan mindset 'berhutang' kepada Allah.
Hutang 100 istighfar dan 100 selawat. Dan ia wajib dibayar sebelum 12 malam.

Tak boleh 'carry forward'. Dilarang tidur sebelum jelaskan 'hutang' ini.

Jika tidak, saya kena denda 5 kali ganda. Maknanya jika tak dilunaskan hari ini, esok kena buat 500x istighfar dan selawat.

Memang, zikir ini perlu 'paksarela' sebelum sampai ke tahap 'sukarela'.

Tetapi, ia pasti bertukar ke gear sukarela bila anda melihat rezeki tak putus-putus datang nanti.

Believe it!

Credit : Ustaz Asraff Ayob

Friday, 8 February 2019

MOTIVASI DIRI

Image result for solat

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah.
 
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu
kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”
 
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum
tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
 
3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
 
4. Membaca Al-Quran
– Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah
“Qulhu-allah” sebanyak 3X.
 
5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
 
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali
mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah
“Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)
 
7. Program minda/cuci minda
– Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati

“Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”.

Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!).
 
8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan
perkara-perkara kejahatan.
 
9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).
 
10. Kekalkan wuduk.
 
11. Bersedekah.
 
12. Belanja orang makan.
 
13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat.
 
14. Berkawan dengan ulama.
 
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
 
16. Pesan pada orang, jadi baik.


17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dsb), jangan dengar
orang mengumpat.:dizzy

TIPS DAN PETUA MENGATASI MASALAH MULUT BERBAU

Image result for bau mulut
Ini ada sedikit tip untuk kita kongsikan bersama hari ini. Ianya berkenaan mengatasi masalah bau mulut. Bau mulut yang kurang enak mengundang masalah untuk kita bercakap ataupun beramah mesra. Apatah lagi jika kerja kita memerlukan berinteraksi dekat dengan seseorang.

Bagi mereka yang sudah berkahwin juga selalu mengalami masalah mulut berbau namun tidak tahu bagaimana cara untuk menghilangkan masalah tersebut. Antara punca yang menyebabkan mulut berbau adalah faktor merokok, ataupun kita sendiri tidak sedar ada gigi rosak ataupun berlubang yang membawa kepada pembiakan bakteria seterusnya menyebabkan mulut berbau.

Ikuti tip-tip dibawah untuk menyah bau mulut:

1. Mengunyah setangkai bunga cengkih setiap hari

Mungkin cara ini tidak ramai yang berani cuba, tapi jika sudah tidak tahan dengan bau mulut sendiri apa kata anda cuba untuk kesenangan orang sekeliling juga.

2. Kumuh dengan air garam

Sedia maklum di dalam mulut terdapat banyak kuman yang membiak, dengan menggosok gigi setiap hari masih tidak mampu menyah bakteria secara total yang ada di dalam mulut. Oleh itu apa kata anda cuba tip ini, selepas makan kumuh dengan air yang dicampur sedikit garam. Ulang proses yang sama sebanyak tiga kali. Buat proses ini seminggu dalam tiga kali.

3. Kunyah sedikit beras yang telah dibersihkan

Ini adalah petua yang diturunkan dari nenek moyang kita. Ambil beberapa butir beras yang telah dibasuh dan kunyah hingga lumut di dalam mulut. Proses ini adalah paling ringkas dan mudah.
Selamat mencuba!

Thursday, 31 January 2019

Buah Mahkota Dewa

Related image
Buah Mahkota Dewa



Buah mahkota dewa mempunyai banyak manfaat.


Di sini saya ajarkan cara menjadikan herba daripada buah mahkota dewa.



1. Petik buah yang berwarna unggu kemerahan. Ketika inilah kandungan antioksidan di dalam buah mahkota dewa tinggi. Warna buah mahkota dewa yang sesuai untuk petik buah dibuat herba.

2. Belah dua buah mahkota dewa.

3. Buang biji yang ada di dalam buah ini. Biji buah mahkota dewa adalah beracun.

4. Hiris nipis isi buah mahkota dewa.

5. Selerakkan di atas pinggan atau dulang. Jemur hingga kering. Pastikan jemur di bawah tempat teduhan. Tak sesuai dijemur terus pada pancaran cahaya matahari. Sinar UV akan mengurangkan khasiat buah ini.

6. Setelah kering, hirisan boleh disimpan di dalam bekas.

Penggunaan:


1. Masukkan dua hingga tiga keping hirisan ke dalam air panas 300 mL.
2. Biarkan dalam 5 minit.
3. Minum

Amalkan minum tiga hari sekali jika anda tidak menghidap penyakit kronik. Jika anda ada penyakit kronik seperti darah tinggi, kanser, dan kencing manis, amalkan minum sekali sehari. Tingkatkan dos sehingga 10 keping hirisan setelah sebulan minum. Apabila penyakit semakin pulih, kurangkan dos. Dan minum seperti normal iaitu tiga hari sekali. Ini kerana jika terlebih dos boleh mendatangkan keburukan.

Wednesday, 30 January 2019

Timun

Image result for timun


TIMUN
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Timun atau Mentimun (Cucumis sativus) merupakan sejenis buah tumbuhan yang dimakan sebagai sayur-sayuran dan ditanam sebagai makanan sejak 3000 tahun dulu. Timun boleh dimakan secara mentah atau segar dan juga dalam masakan.


Timun yang juga dikenali sebagai mentimun atau nama saintifiknya Cucumis sativus, mengandungi 0.65% protein, 0.1% lemak dan karbohidrat sebanyak 2.2%. Selain itu timun juga mengandungi kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin A, vitamin B1, vitamin B2 dan vitamin C.


Biji timun mengandungi racun alkoloid jenis hipoxanti ,yang berkesan untuk merawat kanak-kanak yang kecacingan. Bagi mereka yang menhidapi sakit tekak apabila diserang batuk , penyakit ini dapat dirawat dengan biji timun dimana sedikit biji timun dicampurkan dengan sedikit garam dan dikumuh beberapa kali sehari. Pengamalan ini dapat mengembalikan suara yang hilang.


Selain itu, penyakit sampu pucat iaitu sejenis penyakit pening-pening yang berterusan sehingga dapat menurunkan berat badan dapat diatasi dengan pengamalan makan timun mentah atau yang telah dimasak. Timun juga dapat mengubati penyakit disesteri iaitu keluar darah semasa membuang air besar.


Timun banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Ia terletak dalam famili yang sama dengan tembikai dan labu.


Timun merupakan sejenis pokok memanjat dan sesuai untuk ditanam pada pagar. Ia boleh membiak daripada biji benih.

Kehilangan Ibu